Rawatan bekam juga membantu dalam menaikkan seri wajah kerana aliran darah lebih lancar.
KEINGINAN untuk hidup sihat dan kelihatan cantik membuatkan sesetengah individu sanggup mencuba pelbagai rawatan kesihatan.
Selain perubatan moden, perubatan alternatif juga mula mendapat tempat terutamanya golongan wanita.
Setelah
penat seharian bekerja dan menguruskan rumah tangga, mereka tiada masa
untuk menjaga kesihatan dan memanjakan tubuh badan.
Hari ini, terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan lelaki dan wanita untuk menghilangkan stres serta memulihkan kelesuan tubuh.
Salah satu rawatan yang boleh dilakukan tanpa rasa sakit adalah :
Terapi Bekam : Ia adalah satu proses untuk membuang darah kotor dari dalam badan melalui permukaan kulit.
Jika
dahulu bahan dan teknik yang digunakan agak ngeri iaitu melalui teknik
torehan dan buluh. Ramai yang menyifatkan ia sakit dan berbahaya,
terutama jika pesakit tersebut penghidap Human Immunodeficiency Virus
(HIV).
Kini, kaedah bekam turut melalui satu evolusi apabila
mangkuk kaca dan alat peniti khas berjarum halus digunakan. Jarum yang
digunakan juga ditukar.
Ini diakui sendiri oleh Pengasas Pusat
Homeopati dan Bekam, Dr. Nik Omar Nik Daud, apabila teknik bekam kini
menggunakan teknologi moden dan selamat.
Beroperasi di Bandar
Baru Bangi, Selangor, peralatan seperti mangkuk yang digunakan akan
dibersihkan terlebih dahulu melalui proses pensterilan sebelum digunakan
kepada pesakit lain.
"Tidak timbul soal bahaya dalam
rawatan ini. Mangkuk yang digunakan terdiri daripada pelbagai bentuk. Ia
akan digunakan mengikut umur dan berat badan pesakit.
"Malah,
jarum yang digunakan ke atas pesakit juga tidak akan digunakan kepada
pesakit lain," katanya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
JARUM yang digunakan kepada pesakit tidak akan dikongsikan dengan pesakit lain.
Nik
Omar yang mempraktikkan bekam, akupuntur dan homeopati lebih daripada
suku abad memberitahu, ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat banyak
toksik yang terperangkap di dalam tubuh badan mereka.
"Disebabkan
itu, mereka sering merasa lenguh-lenguh badan, penat dan tidak bermaya.
Amalan berbekam penting bagi memulihkan kembali fungsi tubuh kepada
asal," kata anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Secara saintifiknya, penyakit di dalam tubuh berpunca daripada makanan yang tidak seimbang.
Makanan
pula akan dicernakan di dalam perut. Kapilari-kapilari dari perut pula
akan menyerap zat-zat yang penting dan menjadi nutrien dalam darah.
Sisa-sisa
daripada proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai
najis, air kencing dan perpeluhan dari seluruh badan.
Darah yang
mengandungi nutrien akan mengalir ke semua organ-organ dalam tubuh badan
seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar, otak, organ pencernaan,
ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi.
RAWATAN bekam disaran dilakukan
Sekurang- kurangnya sebulan sekali.
Darah
juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya
ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan daripada tubuh badan
manusia.
Kegagalan bahan toksik dikumuhkan melalui sistem
perpeluhan akan akan menyebabkan darah yang bertoksik terperangkap
antara tiga milimeter hingga empat milimeter di bawah permukaan kulit.
MANGKUK yang digunakan untuk menyedut darah melalui proses pensterilan.
Bekam
boleh dilakukan pada mana-mana bahagian tubuh kecuali bahagian yang
bertulang dan berongga. "Lazimnya, ramai yang memilih bahagian belakang.
Darah yang dikeluarkan melalui proses bekam lazimnya berwarna merah
kehitaman dan agak sedikit likat. Adakanya ia juga berketul-ketul.
"Bergantung
pada bahagian tubuh, kawasan yang mempunyai kandungan toksik yang
tinggi akan mengeluarkan darah yang banyak," jelas Nik Omar.
Adakah bahagian yang dicucuk jarum itu terasa pedih apabila mandi? Jelas Nik Omar: "Tidak, anda boleh mandi seperti biasa."
Bekam dikatakan :
Teknik detoksifikasi yang berkesan, dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.
Pesan ini disampaikan oleh:
RUMAH SEHAT CIPTO HUSODO BANDUNGAN
Alamat Praktek :Jalan Lemah Abang-Bandungan Dsn Pakopen Rt 02 Rw 01 Kec.Bandungan Semarag
Hub:081575071646 Pin:534187f6
Jam :08.00 -17.00 wib
Melayani :
1.Terapi Bekam
2.Terapi Akupresur Moderen
3.Terapi syaraf & Patah Tulang
4.Ramuan Herbal
5.Pijat Bayi
Spesialis Kecerdasan Otak
Untuk anak dan Perempuan di Tangani Bu Imah